CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, October 2, 2011

saya tahu saya tak cantik ~~


"Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?" usik sekumpulan budak nakal yang tak pergi solat Jumaat, tapi bangga kemain dekat kedai makan sambil 'phewit phewit' awek yang lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah.
"Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal.
KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?
Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?
Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.
Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang boleh menafikannya.
Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik-adik lelaki saya untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.
Hasilnya seperti diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.
Lihat! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.
Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?
Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?
SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI
Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

jangan sesekali kamu ~~


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Wednesday, August 10, 2011

~ CusTome MaDe - LIMITED EDITION by ElizAnyn CollEcTion ~

ELIZANYN COLLECTION ada buat custom made shawl...
chantteekkk2 semuanya...
if berminat, leh pm anin d inbox fb anin
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000131108462


CODE : CM 01
COLOUR : ZEBRA

TYPES : ITALIAN CHIFFON


2 PIECES
SOLD OUT !!


PRICE : RM 16 ONLY !!
LIMITED EDITION !!



CODE : CM 02
COLOUR : PINK+BLCK+YELLOW
TYPES : PRINTED ISABELI ITALY CREPE

3 PIECES

PRICE : RM 16 ONLY !!
LIMITED EDITION !!


CODE : CM 03
COLOUR : YELLOW+BLACK+WHITE+BROWN+O​​RANGE
TYPES: ROZANA ITALIAN

2 PIECES

PRICE : RM 16 ONLY !!
LIMITED EDITION !!




CODE : CM 04
COLOUR : COLOURFUL

TYPES : SUKINO JPN CHIFFON
2 PIECES

PRICE : RM 16 ONLY !!
LIMITED EDITION !!


CODE : CM 05
COLOUR : LEAPORD
TYPES : FRANCE CHIFFON

2 PIECES

PRICE : RM 16 ONLY !!
LIMITED EDITION !!


CODE : CM 06
COLOUR : GREY SILVER, PINK, TURQOISE, BLACK, GREEN
TYPES : FRANCE CHIFFON

2 PIECES

PRICE : RM 16 ONLY !!
LIMITED EDITION !!



boleh order sekarang.... <3<3<3

Tuesday, August 2, 2011

=)

kita hanya manusia biasa~~

Renung-renungkanlah ia...
Kita nie hanya manusia biasa yang lemah.
Kadang-kadang kita alpa dengan kehidupan duniawi ni…
Mudah-mudah ia menjadi pengajaran untuk kita semua…

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
 
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
 
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
 
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
 
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
 
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
 
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
 
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
 
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS


Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
 



berkurun lama~~

setelah 3bulan xupdated blog...
by blog semakin suram..huhu..
kisah hati ku belum sempat bercerita disini...=((

Tuesday, May 17, 2011

~ tiada title ~

hari ini aku bertanya kepada diriku sendiri, gembirakah saya dengan keadaan sekarang?
tiada jawapan yang boleh diberikan kepada diri sendiri....
hatiku celaru dengan macam-macam di fikiran...
saya gembira dapat kawan-kawan yang baek hati, tolong-menolong bila susah senang...
tapi bila orang buat kita kecewa, apa perasaan anda?mesti marah dan geram kan?
mungkin itu yang terbaek dia boleh buat tuk kita....
aku terima dengan hati terbuka..
aku harap dia berubah...

aku juga gembira bila dapat mengenali kawan baru...
walaupun tak lama aku kenal dia, dia banyak tolong naikkan semangat aku...
aku berkawan dengan dia dan tak bermakna aku lupakan kawan-kawan lama aku...
aku sayang kawan-kawan aku....

Thursday, May 5, 2011

xperlu nak berselindung jika itu lah kenyataannya!

salam... sudah lama aku xmengupdated blog aku...
arini aku muncul ngan macam2 perasaan d kepala...
gembira, sedey, seronok, hampa, penat sumenya ada la..

perlu ke sume benda nak bagitau kat orang?
aku ade rahsia aku, kau ada rahsia kau kan?
so masing2 berhak ada rahsia tersendiri...
jadi, xperlu la nak tau sume benda ya!
n lagi satu, kalo ia sudah menjadi kenyataan d situ, xperlu nak selindung2...

lepas ni nak g jalan kan, mmg aku nk suh kak ros bwak lori cam cite CUN..
baru gempaq beb!
1 kolej leh bawak..hahhhaa..
1kg kita leh pusing, tgk matahari terbenam, msuk sawah..macam2 la leh g..kl pun kita leh g...
aku malas la nak gaduh2 nie...kita dah besar leh pk mana baek mana buruk...

cube berfikir seperti orang dewasa yg matang ye...
jangan ikutkan perasaan je...
nsihat kepada aku juga...=)

Friday, April 8, 2011

~hargailah insan yang menyayangi kita~

JOM KITA SHARE BERSAMA
 

Surat Untuk Arwah : 
Surat Untuk Arwah

Saya masih ingat lagi saat pertemuan kita,Masa itu secara tidak disengajakan,Awak seorang gadis pejabat,Saya pula hanya seorang budak kilang.. : 
Saya masih ingat lagi saat pertemuan kita,Masa itu secara tidak disengajakan,Awak seorang gadis pejabat,Saya pula hanya seorang budak kilang..

Sejak dari hari itu kita mula berkawan,Tapi awak tahu tak? Sebenarnya saya sukakan awak lebih dari seorang kawan,Tapi saya takut nak cakap pada awak,Saya takut awak menolak cinta saya.. : 
Sejak dari hari itu kita mula berkawan,Tapi awak tahu tak? Sebenarnya saya sukakan awak lebih dari seorang kawan,Tapi saya takut nak cakap pada awak,Saya takut awak menolak cinta saya..

Awak nak sangat sambung belajar,Masa tu saya langsung tak bagi sokongan pada awak,Saya takut nanti kalau awak pergi,Awak akan lupakan saya.. : 
Awak nak sangat sambung belajar,Masa tu saya langsung tak bagi sokongan pada awak,Saya takut nanti kalau awak pergi,Awak akan lupakan saya..

Kalau awak pergi belajar,Saya akan keseorangan ,Saya takut awak akan jumpa orang lain,Perasaan ini wujud kerna saya cintakan awak.. : 
Kalau awak pergi belajar,Saya akan keseorangan ,Saya takut awak akan jumpa orang lain,Perasaan ini wujud kerna saya cintakan awak..

Setiap hari saya cuba buat awak bahagia,Saya mahu awak tahu saya sayangkan awak,Walaupun saya tahu,Awak anggap saya cuma kawan sahaja,Tapi saya tak kisah,Saya mahu sentiasa bersama dengan awak.. : 
Setiap hari saya cuba buat awak bahagia,Saya mahu awak tahu saya sayangkan awak,Walaupun saya tahu,Awak anggap saya cuma kawan sahaja,Tapi saya tak kisah,Saya mahu sentiasa bersama dengan awak..

Saya tak pandai macam awak,Saya tak bijak macam awak,Tapi awak tak pernah sombong,Sebab tu saya sukakan awak,Kalau boleh saya nak ikut awak belajar,Tapi saya tahu saya tak boleh,Sebab saya tak pandai macam awak.. : 
Saya tak pandai macam awak,Saya tak bijak macam awak,Tapi awak tak pernah sombong,Sebab tu saya sukakan awak,Kalau boleh saya nak ikut awak belajar,Tapi saya tahu saya tak boleh,Sebab saya tak pandai macam awak..

Suatu hari saya menerima panggilan dari kawan awak,Awak pengsan ditempat kerja,Saya bergegas ke hospital untuk melihat awak,Saya tengok ibu bapa awak ada dekat sana,Mereka menangis dan suasana menjadi muram.. : 
Suatu hari saya menerima panggilan dari kawan awak,Awak pengsan ditempat kerja,Saya bergegas ke hospital untuk melihat awak,Saya tengok ibu bapa awak ada dekat sana,Mereka menangis dan suasana menjadi muram..

Doktor mengesahkan awak menghidapi leukimia,Sejak dari hari itu perjalanan hidup saya terhenti,Balik kerja tidak pernah saya lupa untuk melawat awak,Saya nak temankan awak sentiasa,Hospital sudah menjadi rumah kedua bagi saya.. : 
Doktor mengesahkan awak menghidapi leukimia,Sejak dari hari itu perjalanan hidup saya terhenti,Balik kerja tidak pernah saya lupa untuk melawat awak,Saya nak temankan awak sentiasa,Hospital sudah menjadi rumah kedua bagi saya..

Saya jahatkan wak,Saya kejam terhadap awak,Saya tamak tak mahu kehilangan awak,Saya pentingkan diri tak hiraukan impian awak,Kini Tuhan mengambil awak dari saya,Tiada lagi awak dalam hidup saya,Hidup saya menjadi sunyi semula.. : 
Saya jahatkan wak,Saya kejam terhadap awak,Saya tamak tak mahu kehilangan awak,Saya pentingkan diri tak hiraukan impian awak,Kini Tuhan mengambil awak dari saya,Tiada lagi awak dalam hidup saya,Hidup saya menjadi sunyi semula..

Walaupun awak sudah tiada,Saya tidak akan biarkan impian awak hilang begitu saja,Mungkin kesilapan saya,Saya tak berani meluahkan ucapan CINTA pada awak,Dan ini bukti cinta saya pada awak,Menggalas impian awak dibahu saya.. : 
Walaupun awak sudah tiada,Saya tidak akan biarkan impian awak hilang begitu saja,Mungkin kesilapan saya,Saya tak berani meluahkan ucapan CINTA pada awak,Dan ini bukti cinta saya pada awak,Menggalas impian awak dibahu saya..

Keputusan pelajaran saya sangat baik disini,Walaupun bukan mencapai tahap DEKAN tapi ini saja yang saya termampu,Awak tahu tak?Pointer saya tak pernah jatuh bawah 3,Alhamdulillah awak,Banyak perkara telah saya belajar disini.. : 
Keputusan pelajaran saya sangat baik disini,Walaupun bukan mencapai tahap DEKAN tapi ini saja yang saya termampu,Awak tahu tak?Pointer saya tak pernah jatuh bawah 3,Alhamdulillah awak,Banyak perkara telah saya belajar disini..

Saya mahu buktikan,Saya juga boleh pandai macam orang lain,Saya mahu berjaya macam orang lain,Awak menjadi semangat untuk sayaImpian awak menjadi pendorong untuk saya.. : 
Saya mahu buktikan,Saya juga boleh pandai macam orang lain,Saya mahu berjaya macam orang lain,Awak menjadi semangat untuk sayaImpian awak menjadi pendorong untuk saya..

Saya tidak akan biar impian awak padam,Impian awak adalah maruah saya,Terima kasih awak atas segalanya.. : 
Saya tidak akan biar impian awak padam,Impian awak adalah maruah saya,Terima kasih awak atas segalanya..

Tuesday, March 22, 2011

PPIPT Naib Juara

dengan title d atas menunjukkan PPIPT memenangi hiasan khemah tercantik & perbarisan . . . . kami memang xsangka kami leh menang . . . kawan2 yang buat gimik always ada problem lastminit . . .
lagu xleh panjang la, sat 5mnit, sat 3 mnit . .
last2 ari sabtu malam rehearsal dapat tau gimik juz 1minit je!
sapa xhangin tau lastmnit cam nie . . .
sume muka tensen je . . .
nk edit lagu lg. . . tenaga pengajar gimik, ija n lela dah la xde kat kolej . . .
lastly, bell call ija bgtau yg kene tukar gimik  . . . ija pun tensen gak . . .
tp dengan pertolongan ija la kami dapat lagu 58SAAT. . .
setelah diedit oleh IJA, sent kepada BELL then d forward kan kepada ECAH. . .
keesokan harinye, kul1 lbh kami nek ke blik ecah untuk membuat latihan lagu 58 SAAT tu . . .
nsib sume senang nk pickup dengan lagu yg dah d edit . .
kami berlatih shingga kul 3 n sume nye semakin improved!
chaiyok3...
kul 4.30 berkumpul d bwh blok n g solat then gerak ke bas menuju ke stadium untuk ke acara malam nye . . .
acara bermula pada pukul 8.30 malam. . . kami bertemakan PINK melambangkan PPIPT. . .
sangat2 comel bila memakai baju pink bersama kostum yang cantekkkk....=)
kami cube membuat yang terbaek tuk diri sendiri n PPIPT. . .
inilah lagu gimik kami

video


walaupun malu time nk buat tu, kami tetap persembahkan yang terbek time tu . . . PINK kan hebat!
dengan gimik yg hebat, perbarisan yang cantek, kostum yang menarik hati n maskot yang sangat nice membuatkan kami mendapat naib juara dalam perbarisan . . . 
terima kasih kepada sume yang terlibat dalam perbarisan. . . peserta2 perbarisan, pereka kostum, pembantu2 perbarisan, kerjasam anda amat dhargai. . .
kita memenangi dengan kejutan . . .
PPIPT terbaek !

Tuesday, March 15, 2011

sHawl LyCra + CottOn

sila la tgk shawl2 sambil visit my blog . . . =)

if ade berminat, please text me in fb . . .
or juz mesej me, hanin - 012-5788104


all RM15 ONLY!
L1 (BLUE)

L2 (TURKOIZ)

L3( DARK BROWN)
SOLD TO KAKLONG
L4 (PINK BELACAN)
SOLD TO FIEZA
L5 (DARK GREY)
SOLD TO SUE
L6 (RED MAROON)
SOLD TO ZAWANIE
L7 (BLACK)
SOLD TO SUE
L8 (BROWN)
L9 (DARK BLUE)
L10 (GREY)
SOLD TO KAK ILA








SHAWL COTTON

C1(DARK GREY)
C2 (SILVER)
C3(LIGHT PINK)
SOLD TO SUE

LATEST SHAWLS
AS1(BLUE BLACK)
SOLD TO KAK FUZA
AS2(BROWN)

thanks for visiting me =)

perjuangan seorang pelajar

sudah lama aku bertaip d blog nie . . . 
blog ni dah macam xwujud lak . . .
kesian dengan blog aku nie . . .

sem ni membuatkan aku belajar pelbagai erti hidup d utara!
sem ni juga sem yang paling bz yang pernah aku alami sebagai seorang pelajar . . . 
aku nak aktif macam dlu2 balik . . .
mungkin d sini aku boleh mulakan . . .
business bersama rakan ku akan d perjuangkan sampai bile2 InsyaAllah . . .
kawan2 ku, terima kasih kerna memberi support dalam business kami walaupun ianya hanyala business kecil-kecilan . . .


hope dengan kesibukan sem nie, result aku xjatuh . . .
aku akan usahakan untuk mendapat result yang lg better dr last sem . . .
aku bangga menjadi seorang anak kepada family aku, aku bangga menjadi seorang pelajar u . . .
kerna aku bernasib baek untuk meneruskan perjuangan sebagai seseorang yang bergelar PELAJAR . . .
xsume orang yang ada nasib seperti kita . . .
aku bersyukur walaupun hanya melanjutkan pelajaran d dalam Malaysia saja . . .
InsyaAllah satu hari, kita xtahu ke mana arah tuju . . .
sume rezeki datang dari Allah . . . 
kita hanya mampu berusaha untuk menjadi yang terbaek dala hidup . . .
aku bersyukur mendapat rakan2 yang baek d sisi ku . . . thanks kepada akak2 n adik2 sekalian . . . 


walaupun sibuk dalam pelbagai hal, aku tetap akan rindukan family d umah . . . 
aku mau pulang ke umah tapi masa tidak membenarkannya . . .
huahuahuahua . . . 
ibu n bapak kata, belajar elok2 d tempat orang dik . . 
aku ingt tu . . . 
aku akan memberikan yang terbaek to my parent . . .
i love them so much !
mia familia mia amore . . . 





Tuesday, January 11, 2011

berkawan itu lebih baek

hati tidak tenang bersama mu ketika ini. . . 
lebih baek kita tiada ikatan pape lebih menyenangkan semua orang. . . 
aku lebih selesa begini. . . 


bila hati dah sakit bukan mudah untuk diubati. . . 
aku hadapi semua ini dengan tabah.  . . 
tanpamu di sisi ku itu lebih bermakna. . . 


mungkin ini jalan yang terbaek tuk kita. . . 
kadang kala hidup bersendirian lebih baek dari berdua. . . 
jodoh pertemuan semua ditangan Allah. . . 


akhir kata. . . 
kita hanya berkawan . . .
KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN . .