CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, May 31, 2012

kawan ~~

hati selalu tersentuh dengan keadaan sekeliling..
adakah kerna tekanan atau perasaan yang sentiasa bermain di minda?
tiada jawapan untuk itu...
yang pasti, aku tak suka dengan keadaan sekarang...
kawan memang ramai tapi nak jumpe kawan yang betul-betul baek dengan kita, bukan la senang untuk dicari...
mereka hanya ingin menumpang kesenangan kita saja...
bila nak kenal, memang selalu la die berhubung dengan kita, bila dah lama, campak macam sampah je...
perlu ke buat macam tue walau sesibuk mana pun kita..

hati orang kita tak kenal, tapi kenapa aku selalu percayakan mereka?
aku kene berhati-hati dengan sume orang tak kira mereka dah lama ku kenal atau pun baru saja aku kenalinya...
aku tak pernah membencikan mereka yang sentiasa buang kawan macam tue, aku berdoa agar mereka akan menyedari kehadiran seorang kawan itu bukan la hanya dengan kesenangan semata-mata...
mereka perlu menilai dengan mata sendiri dan nilai dengan mata hati...
bukan dengan mata duitan...

berkenalanlah dengan jujur dan ikhlas berkawan...
bukan hanya ingin mempermainkan perasaan kawan tersebut..
sume orang ada perasaan...sekiranya kita dimainkan, apa yang kita rasa?
cukupla sekadar kawan biasa...

kawan yang kita anggap kawan baek sebenarnya die tak layak digelarkan kawan baek ~~

Friday, May 25, 2012

Jadual Final Exam aNyn~~


HARI / TARIKH
KOD KURSUS / KURSUS
WAKTU
MASA
TEMPAT
Isnin
[Monday]
11 Jun 2012
EUW233
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
[Islamic Civilization and Asia Civilization (TITAS)]
2.30
petang
(pm)
3 jam
(hours)
D2020
Rabu
[Wednesday]
13 Jun 2012
BFT223
Pengurusan Sumber Manusia
[Human Resource Management]
9.00 pagi
(am)
3 jam
(hours)
D2020

BFT314
Pengurusan Silang Budaya
[Cross Cultural Management]
2.30
petang
(pm)
3 jam
(hours)
DBKG
Khamis
[Thursday]
14 Jun 2012
BFT321
Pemasaran Perkhidmatan
[Service Marketing]
9.00 pagi
(am)
3 jam
(hours)
DKG 2 & 3
Jumaat
[Friday]
15 Jun 2012
BFT203
Ekonomi Antarabangsa
[International Economics]
9.00 pagi
(am)
3 jam
(hours)
DBKG
Isnin
[Monday]
18 Jun 2012
EUW213
Bahasa Arab Lanjutan I
[Intermediate Arabic I]
2.30
petang
(pm)
3 jam
(hours)
D2020
Rabu
[Wednesday]
20 Jun 2012
BFT322
Pengurusan Rantaian Bekalan
[Supply Chain Management]
2.30
petang
(pm)
3 jam
(hours)
DKD 4

Ya Allah, ampuni dosaku


Ya Allah, ampuni dosaku..
Ampunkan silap dan kelalaianku..
Kurniakanlah aku maghfirahMU..
Kurniakanlah aku keimanan teguh agar dapat menjadi khalifah berjasa di bumiMU..
Jadikanlah aku insan yang bermanfaat,
Dan menyeru amal makruf nahi mungkar..
amin..


andai kamu untukku ~~

Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita .. .. Tugasku bukan mencari dirimu, tetapi mensolehahkan diriku .. .. ♥ Wahai seseorang yang tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku & ayah dari anak-anakku, engkau yang membersamai perjalananku nanti .. .. ♥ Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu, dan buah hatimu kelak .. .. ♥

Thursday, May 17, 2012

Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun


Kita melalui hari-hari kita seperti biasa. Tidur, kemudian kita bangun untuk meneruskan hari-hari kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah kita ini berumur 40 tahun, maka 40X365 hari = 14600 hari. Katalah kita tak pernah tidur siang, maka kita sudah 14600 kali tidur dan bangun.
Namun, dalam banyak kali kita bangun dan tidur ini, pernahkah anda rasa takut untuk tidur, dan menyesal pula ketika bangun?
Pernah? Mesti anda bertanya, Kenapa perlu takut untuk tidur, dan menyesal untuk bangun bukan?
Takutlah untuk tidurSiapa yang memberikan anda nyawa? Kita beriman bahawa nyawa itu adalah pemberian Allah SWT. Allah boleh menariknya bila-bila masa yang Dia suka, dan kita pula tidak tahu bila Dia hendak menariknya.
Jadi, apabila setiap kali anda tidur, apakah anda boleh menjamin anda bangun keesokan harinya? Aha… itu sebabnya, saya mengajak anda untuk takut tidur.
Bayangkan, malam ini anda tidur, dan esok tidak bangun semula. Bagaimana dengan dosa-dosa anda pada hari semalam? Hutang-hutang anda yang belum berbayar? Rakan yang anda khianati dan calari hatinya? Bagaimana semua itu, jika anda tidur dan esoknya anda tidak bangun?
Pernahkah anda, sebelum melelapkan mata, bermuhasabah sebentar apa yang anda lakukan sepanjang hari? Atau anda tidur, dengan keyakinan 100% anda akan bangun keesokan harinya, lalu anda berkata: “Esok-esok lah taubat apa semua ni”
Maka tidak hairanlah, kita ini tiada peningkatan. Kerana kita sebenarnya, langsung tidak bersedia menghadapi kematian.
Menyesal lah ketika bangun
Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita terlepaskannya, kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan?
Satu sahaja jawapannya. – Masa –
Jadi, anda bangun pagi saban hari, pernah kah anda berfikir betapa menyesalnya anda meninggalkan hari semalam? Semalam itu, walau anda kumpul segala harta dunia ini, anda tetap tidak akan mampu mengambilnya semula.
Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dsa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu.
Pernah kah anda menyesal dengan semalam yang telah berlalu apabila anda bangun?
Kenapa perlu semua ini?
Kenapa perlu takut untuk tidur, menyesal ketika bangun?
Saya sebenarnya hendak anda nampak apa itu kehidupan sebenarnya. Jangan pandang kehidupan kita ini enteng. Manusia ini, akan dihitung oleh Allah SWT. Maka, sebelum tidur anda muhasabah lah segala perbuatan anda, bila ada dosa bersegeralah taubat, ada hutang bersegeralah bayar, ada khilaf dengan teman-teman, segeralah bermaafan. Anda mungkin tiada esok.
Bila bangun, saya nak anda rasa anda telah membazirkan kehidupan anda semalam. Maka apabila Allah izinkan anda hidup pada hari baru, dengan penyesalan terhadap hari semalam yang telah anda bazirkan, maka anda akan gunakan hari baru anda dengan sebaik mungkin, tiada pembaziran seperti hari semalam. Semalam takkan kembali, yang ada pada kita hanya hari ini. Corakkannya sebaik mungkin.
Penutup
Hidup ini, untuk persediaan ke sana. Kenapa kena hargai hidup? Kerana Allah akan kira kehidupan kita ini. Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan.
Allah SWT berfirman:
“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” (Surah Ali-Imran ayat 185)
Jangan bazirkan hayat anda. Bersegeralah, jangan tangguh-tangguh. Hargailah, jangan anda buang-buang.

Sumber: http://www.ukhwah.com/

Monday, May 14, 2012

UNTUKMU CALON IMAMKU






Wahai seseorang yang telah tertulis di lauhul mahfudz,
Imamku dan ayah dari anak-anakku, engkau yang akan bersamaku dalam perjalanan nanti… 
Apakah yg sedang kau lakukan disana? 


Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu tuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak…


Aku percaya kau sedang menempa dirimu dalam beribu cobaan dengan menelantarkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan problematika ummat… mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu tuk ummat…


Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia terutama ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti…


Aku percaya Quran selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan dzikir slalu melantun menemani langkah jihadmu…


Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu…


Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya kerana_Nya…


Aku percaya,kau sedang memantaskan diri dan terus memperbaiki diri dsana, di belahan bumi manapun kau berada…


Aku pun begitu wahai calon imamku…


Aku sedang belajar… belajar menempa diri, menjauhkan egoku demi ummat, membaktikan diriku untuk orang lain, agar baktiku padamu pun sempurna…


Aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan kluarga Qur’ani yg aku inginkan nanti dapat kubangun bersamamu… kerana kau tahu? Meskipun kau Imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti…


Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu…


Aku sedang menempa diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu, yang menjadi tempatmu membagi resah… seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa… seseorang yang menguatkanmu dan menggenggam slalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu…


Akupun ingin menjadi ‘Aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu mulai datang, seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya,saat ia tersakiti, hingga kau katakan pada yg lain “janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakti ‘Aisyah”…


Aku ingin menjadi Fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain.. bukan kerana aku tak percaya kau tidak dapat berlaku adil, tapi kerana aku ingin mencintaimu dengan sempurna, tanpa diganggu oleh cemburuku, itu saja !!


Tak kalah lagi, aku ingin menjadi seperti ibunda Hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir tandus dengan seorang bayi mungil di pelukan.. tak takut akan kehilanganmu, kerana keyakinanku pada Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu… cintaku padamu, tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku…


Usahaku ini tidak mudah , begitupun usahamu..kuyakin itu.. 
Maka tetaplah dalam jihadmu..tetaplah dalam usahamu..tetaplah dalam ikhtiarmu… aku yakin kau kuat disana, dan doakanlah agar akupun kuat disini dalam jihad dan ikhtiarku…bawalah aku dalam tiap doa dan sujudmu, kumohon… kerana doa yg dapat menolongku…


Hingga saatnya, kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh dien… dan kita akan melanjutkan jihad kita bersama…


Dan nanti..terimalah aku apa adanya jika aku belum bisa menjadi Khadijahmu, ‘Aisyahmu atau bahkan menjadi seperti ibunda Hajar… tapi bimbinglah aku menjadi seperti mereka… dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti tuk melanjutkan perjuangan dakwah ini…


Teruntukmu yang ada disana,kuatlah..dan bersabarlah… 
Bawalah aku dalam doa dan sujudmu, agar cinta kita nanti, hanya kerana-Nya…Aamiin,

Sunday, May 6, 2012

i know who i am, you know who you are ~~

i don't care who you are,
where you're from,
what you did, 
as long as you love me..